Sunday, October 08, 2006

Marhaban Ya Ramadhan

Abim Daerah Besut mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan Al-Mubarak, semoga kita dapat mempertingkatkan amalan di bulan penuh berkat ini di samping memperbanyakkan amalan ibadah dan sedekah kepada mereka yang memerlukan.

"Rasulullah sallahu a'laihi wassalam pernah menjelaskan bahawa puasa itu perisai dari neraka. Ia boleh menahan diri dari pelbagai pintu keburukan yang boleh mendekatkan diri kepada neraka. Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda bahawa" Puasa adalah perisai (pelindung), seorang hamba berperisai (berlindung) dengannya dari api neraka" [Hadits Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash."

wallahua'lam