Monday, July 03, 2006

Abim Daerah Besut, Terengganu

Assalamu'alikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran ke Hadrat Allah azza wa jalla kerana dengan limpah rahmat dan barakah-Nya kita dapat meneruskan pelbagai usaha dan aktiviti ke arah mengangkatkan martbat Ummat. Kita ucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat serta mereka yang mengikuti jalan dakwah dengan doa kebaikan yang berkekalan sehingga ke Hrai Akhirat. Salam ukhwah dan kesejahteraan kami ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang masih berada pada jalan perjuangan mengangkat harakat ummat di pelbagai peringkat.

Alhamdulillah dengan segala perasaan rendah diri Abim daerah Besut terus mengorak langkah memperkenalkan jalan dakwah dan mengikat persaudaraan dengan memanfaatkan teknologi maklumat yang serba pantas dan canggih ini dengan membina weblog sendiri untuk terus melebar sayap dakwahnya. Dengan sedikit pengetahuan yang ada diharapkan kita dapat terus mengorak melangkah menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah pada yang mungkar serta memperkasa ukhuwwah di kalangan anggota Abim di semua peringkat.

Dengan misi membina dan memimpin tamadun khayra ummah beserta mempunyai cita-cita yang besar untuk menjadi gerakan islam yang komprehensif untuk merealisasikan cita-cita islamiyyah diharapkan agar sumbangan yang kecil ini dapat menjadi pemangkin ke arah pembinaan tamadun ummah yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-sunnah serta mempertahankan kesucian agama Islam daripada sebarang penyelewengan yang akan merosakkan akidah dan jiwa-jiwa ummah Islam.

Segala usaha yang dilakukan ini dimohonkan agar diberkati oleh Allah azza wa jalla di dalam mendepani sebarang bentuk mehnah dan tribulasi yang sudah pasti akan kita tempuhi. Diharapkan juga dengan ukhuwwah yang terbina di antara anggota Abim di sini akan dapat berkekalan dan seterusnya menjadikannya sebagai pemangkin kekuatan yang akan meneruskan perjuangan Risalah Allah azza wa jalla untuk sekalian alam. Wallahua'lam

No comments: