Saturday, November 21, 2009

Kursus Kecemerlangan al-Quran (KKQ)

KEM KECEMERLANGAN AL-QURAN
(22 November - 11 Disember 2009)

Saturday, November 07, 2009

Isu Dr Asri

Abim daerah Besut tidak menyokong kandungan Memorandum membantah Pelantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM oleh PGSM dan beberapa NGO.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) daerah Besut memandang serius terhadap isu memorandum yang di hantar oleh Persatuan Guaman Syari'e Malaysia (PGSM) dan beberapa NGO Islam bagi membantah pelantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM baru-baru ini. Abim Besut telah mengikuti perkembangan isu ini dan membuat pemerhatian beberapa perkara yang berbangkit daripada kedua-dua pihak.

Abim Besut juga telah membaca isu kandungan memorandum tersebut dengan membuat penilaian secara adil di atas beberapa perkara yang terkandung dalam kandungan tersebut. Oleh itu, Abim Besut telah membuat beberapa kesimpulan dan pendirian setelah diminta untuk membuat demikian oleh beberapa pihak.

Kesimpulannya adalah Abim Besut tidak membantah mana-mana pihak untuk menghantar sebarang memorandum termasuk memorandum yang dihantar oleh pihak yang tersebut di atas, tetapi tidak menyokong kandungan yang termaktub di dalam memorandum bantahan tersebut.
antara alasannya ialah:

1)Kandungan memorandum tersebut lebih bersifat serangan peribadi tanpa mengemukakan hujah dan bukti yang kukuh untuk menyokong perkara yang dibangkitkan.

2)Abim Besut bimbang sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu tanpa dikemukakan bukti yang kukuh akan menyebabkan fitnah berlaku.

3)Pihak yang mengemukakan memorandum tersebut tidak berkata benar dengan mengatakan mereka mewakili majoriti umat Islam, walhal mereka tidak memberi bukti yang kukuh mengatakan mereka mewakili majoriti umat Islam di Malaysia.

4)Isu ini menunjukkan mereka yang terlibat menghantar memorandum tersebut tidak menerima kepelbagaian pandangan dan pendapat yang tidak bertentangan prinsip Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

5)Pihak mereka juga seolah-olah cuba menyekat perkembangan ilmu yang didasari oleh prinsip mencari yang haq dan menegakkan kebenaran berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang soheh.

Atas alasan berikut, kami berpendapat tidak wajar mana-mana pihak yang ingin membantah mana-mana individu tanpa membuat analisa dan penilitian yang betul dan meletakkan prejudis yang tidak baik seterusnya tidak mengemukan bukti yang kukuh. Abim Besut tidak menyokong mana-mana pihak dengan membuta tuli dalam isu ini, namun kami meletakkan prinsip menegakkan keadilan dan kebenaran bagi meraikan kepelbagaian pandangan dan pendapat yang tidak melanggari prinsip Ahlu Sunnah wal Jamaah yang soheh.

"Membina & memimpin generasi hasanah"

Mohd Nor Zaiman b Che Mansor
(YDP Abim Daerah Besut)

Sunday, November 01, 2009

Kenyataan: Tindakan menahan Dr Asri tidak profesional

Tindakan pihak polis dan berkuasa agama Negeri Selangor menahan bekas Mufti Perlis adalah sikap tidak bertamadun dan profesional. Penahanan ini menyebabkan satu lagi polemik negatif berlaku dikalangan masyarakat yang cintakan ilmu. Penahanan yang dilakukan di atas dasar menyampaikan ilmu tanpa tauliah masih boleh dipertikaikan oleh masyarakat. Dr Asri merupakan lulusan Phd yang ditauliahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan beliau juga merupakan bekas Mufti kerajaan Negeri Perlis.

Pihak berkuasa agama Negeri Selangor seharusnya mengambil sikap yang telus dengan membuat keputusan yang tepat sebelum tindakan itu diambil. Mereka perlu mengambil pendekatan yang rasional dengan berbincang dengan Dr Asri terlebih dahulu sekiranya prosedur pertauliahan itu perlu dipenuhi. Alasan yang mengatakan ajaran Dr Asri menyebarkan fahaman yang boleh menyebabkan perpecahan dikalangan masyarakat juga masih boleh dipertikaikan dan kekaburan. Ini kerana masing-masing membawa hujah dan pihak berkuasa agama juga harus menyediakan hujah yang boleh menguatkan alasan mereka tersebut.

Dalam isu ini, Abim daerah Besut tidak mengambil sikap menyokong mana-mana pihak tanpa ada kebenaran tetapi mengambil pendekatan yang adil demi menegakkan keadilan dan kebenaran agar fahaman agama yang sebenar dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan yang benar itu tetap benar.

Wallua'lam
Mohd Nor Zaiman b Che Mansor
(YDP Abim daerah Besut)



Saturday, October 03, 2009

Aktivit@Raya 4

Sambutan 'Idulfitri Abim Besut & Pelancaran Tabung Bencana Mangsa Ribut

3 Oktober 2009 bersamaan 14 Syawal Abim Besut telah mengadakan sambutan 'Idulfitri bagi meraikan kedatangan syawal yang mulia. Dikesempatan itu juga, kami sempat mengadakan usrah bertajuk "Kepentingan memahami Tanzim Haraki dalam penbentukan generasi Hasanah" dan mesyuarat bagi megemaskinikan program-program yang akan dilaksanakan. Pihak Abim Besut juga telah melancarkan Tabung Mangsa Bencana Ribut bagi meringankan beban kepada mangsa ribut yang melanda di daerah ini baru-baru ini. Pelancaran ini adalah hasil daripada tinjauan beberapa pimpinan Abim Besut terhadap mangsa ribut tersebut. Kepada insan yang ingin membuat sumbangan derma boleh berbuat demikian melalui akaun Abim Besut 13035010000600 (Bank Islam).

Sunday, September 27, 2009

Aktiviti @ Raya 3

6 Syawal 1430 Pimpinan Abim Besut telah menghadiri undangan ke rumah Ahli Lembaga Pengarah (KIC) Ayahnda Cikgu Mohd Nor di kediaman baru beliau di Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun ketibaan kami agak lewat tetapi kami berkesempatan beramah mesra dengan keluarga beliau dan tetamu yang hadir serta menikmati hidangan yang cukup enak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ini dan 'Eid Mubarak buat beliau serta keluarga.

Friday, September 25, 2009

Aktiviti@Raya 2

3 Syawal 1430 Team Abim Besut telah diundang untuk menghadiri rumah terbuka YB ADUN Kota Putera. Pimpinan Abim Besut berkesempatan beramah mesra dengan YB dan hadirin yang hadir. Pimpinan Abim Besut juga turut memenuhi undangan rumah terbuka pengerusi Wadah Besut di kediaman beliau di Alur Lintang. Dikesempatan ini kami mengucapkan 'Eidul Mubarak.

Aktiviti@Raya

2 Syawal 1430 Abim Besut telah diundang untuk menghadiri rumah terbuka Wadah-Abim-PPIK Kelantan. Sebanyak 3 buah kereta rombongan dari Abim Besut telah menghadiri rumah terbuka tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Wadah-Abim-PPIK Kelantan di atas undangan ini.

Wednesday, September 16, 2009

Agihan sumbangan sekampit beras

26 Ramadhan 1430 bersamaan 16 September 2009 Pihak Team Abim Besut telah mengedarkan sumbangan seorang sekampit beras untuk golongan yang berhak menerima. Sumbangan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak dan individu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Tahun ini merupakan tahun pertama Abim Besut melancarkan kempen "seorang sekampit beras". Sambutan yang diberi oleh orang ramai amat menggalakkan. Semoga usaha ini akan terus dilaksanakan untuk ramadhan yang akan datang.

Sunday, September 13, 2009

Ahlan wasahlan & terima kasih buat Abim Pusat

Pada 12 September 2009 yang lalu Abim Besut telah dikunjungi oleh pimpinan Abim Pusat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Saudara Amidi Hj Abdul Manan dan Saudara Ahmad Saparuddin Yusuf selaku Naib Presiden. Kunjungan ini memberi penghormatan yang besar buat warga Abim dan Wadah Besut. Pelbagai isu telah dibincangkan meliputi senario dakwah di peringkat besut mahupun nasional. Pihak Abim dan Wadah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Abim Pusat di atas kunjungan ini.

Ihya Ramadhan@Kem Seri Keluang

Team ABIM-KIC Besut telah menganjurkan Kem Ihya Ramadhan pada 11-12 September yang lalu. Kem ini disertai seramai 70 orang peserta yang berumur 9-17 tahun. Pelbagai aktiviti penghayatan ramadhan telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung. Perlaksanaan kem ini bertujuan untuk melahirkan generasi hasanah yang tinggi ilmu dan akhlak. Semoga penganjuran ini dapat diteruskan lagi untuk ramadhan tahun hadapan.

Saturday, September 12, 2009

Ihya Ramadhan@Masjid Hadhari

Team Abim Besut telah menganjurkan program ihya Ramadhan pada 4 & 5 September 2009. Program ini dianjurkan sempena meraikan bulan yang penuh barakah ramadhan al-mubarak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum bicara ramadhan bertajuk "Nikmatnya lapar" dua orang ahli panel telah dijemput khas. Selain itu aktiviti seperti tadarrus al-Quran dan Qiyamullail turut dijalankan.

Tuesday, September 08, 2009

Program@Ramadhan

Ramadhan 1430h:Team Abim Daerah Besut telah melancarkan beberapa program sempena menyemarakkan bulan Ramadhan di Daerah Besut. Antara kempen yang telah dilancarkan adalah 'Kempen Seorang Sekampit Beras'. Kempen ini telah dilancarkan bermula apada awal ramadhan lagi. Program lain yang dirancang adalah ihya Ramadhan sebanyak 2 fasa pertama bertempat di Masjid Hadhari, Jertih dan fasa kedua di Kem Seri Keluang,Besut. Program Bicara Ramadhan bertajuk 'Nikmatnya Ramadhan' juga telah dirancang dilaksanakan di Masjid Hadhari. Lain-lain program ialah iftar jama'ie dan ziarah ramadhan

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem from Team ABIM-KIC Besut

Ramadhan Kareem

Lawatan ABIM Besut ke Pejabat Agama Daerah Besut

Pimpinan Tertinggi ABIM Daerah Besut telah mengadakan lawatan kerja & temu murni ke Pejabat Agama Daerah Besut pada 11 Ogos 2009 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh En. Nor Zaiman ( YDP), En. Shakir (TYDP) dan En. Azrul (Setiausaha). Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim dan jalinkan kerjasama antara ABIM Daerah Besut dengan agensi Agama Kerajaan. Disamping itu untuk membincangkan isu-isu agama yang berlaku di Daerah ini terutamanya melibatkan belia Islam. Walaupun tidak berkesempatan bertentang mata dengan Pegawai Agama Besut namun Pimpinan Abim berkesempatan berbincang dengan 2 orang Pegawai di jabatan Agama Besut ini sekaligus menyampaikan hasrat besar ABIM Daerah Besut.

Program@Klinik UPSR Siri 2

Team ABIM-KIC Besut telah menjayakan program Klinik UPSR Siri 2 pada 30,31 Julai & 1 Ogos 2009 yang lalu. Klinik ini telah disertai oleh 110 orang murid dari sekolah-sekolah Daerah Besut dan Setiu. Klinik UPSR ini telah berlangsung dengan jayanya sepanjang 3 hari 2 malam. Ianya telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut. Klinik UPSR ini dianjurkan sepenuhnya oleh ABIM Daerah Besut dengan kerjasama YaPEIM dan Pejabat Belia dan Sukan Besut dan dikendalikan oleh KIC.

Monday, July 27, 2009

Monday, July 20, 2009

Team ABIM BESUT @ Muktamar ABIM KELANTAN

Team ABIM BESUT telah dijemput untuk menghadiri Muktamar Abim Negeri Kelantan pada 11 Julai 2009 yang lalu. Seramai 5 orang pimpinan Abim Besut telah mengikuti sepanjang Muktamar berlangsung. Ianya memberi ruang kepada Abim Besut untuk bertukar pandangan dan idea untuk memperkuatkan lagi harakah ummah ini.Dikesempatan itu juga kami mengikuti pelancaran projek GPTD-Sultan Muhammad al-Fateh. InsyaAllah modul ini juga akan dibawa dan dibentangkan diperingkat daerah Besut.

Temu murni WADAH & ABIM Daerah Besut

Team Abim bersama Wadah Besut telah mengadakan temu murni pada 10 Julai 2009 yang lalu. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan kesinambungan harakah ummah khususnya di Besut. Pertukaran dan perkongsian pandangan idea dijadikan topik perbincangan. Banyak idea dan harapan telah diperkongsikan bagi mewujudkan usahasama yang baik dan penuh harmoni.

Sunday, July 19, 2009

KIC-ABIM Besut Menjayakan Program KeCINTA '09

Team KIC-ABIM Besut telah menjayakan program belia cinta alam (KeCINTA) pada 2-4 Julai 2009 yang lalu di Kolej Kini Dungun Terengganu anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun.

Thursday, July 16, 2009

Muktamar Abim Daerah Besut- 26 Jun '09

Transformasi Abim Besut - "Belia Pemimpin Ummah"

Wednesday, July 15, 2009

Muktamar Abim Terengganu - 20 Jun '09

Pimpinan Abim Besut menghadiri Muktamar Abim Terengganu - 20Jun 2009