Sunday, September 27, 2009

Aktiviti @ Raya 3

6 Syawal 1430 Pimpinan Abim Besut telah menghadiri undangan ke rumah Ahli Lembaga Pengarah (KIC) Ayahnda Cikgu Mohd Nor di kediaman baru beliau di Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun ketibaan kami agak lewat tetapi kami berkesempatan beramah mesra dengan keluarga beliau dan tetamu yang hadir serta menikmati hidangan yang cukup enak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ini dan 'Eid Mubarak buat beliau serta keluarga.

Friday, September 25, 2009

Aktiviti@Raya 2

3 Syawal 1430 Team Abim Besut telah diundang untuk menghadiri rumah terbuka YB ADUN Kota Putera. Pimpinan Abim Besut berkesempatan beramah mesra dengan YB dan hadirin yang hadir. Pimpinan Abim Besut juga turut memenuhi undangan rumah terbuka pengerusi Wadah Besut di kediaman beliau di Alur Lintang. Dikesempatan ini kami mengucapkan 'Eidul Mubarak.

Aktiviti@Raya

2 Syawal 1430 Abim Besut telah diundang untuk menghadiri rumah terbuka Wadah-Abim-PPIK Kelantan. Sebanyak 3 buah kereta rombongan dari Abim Besut telah menghadiri rumah terbuka tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Wadah-Abim-PPIK Kelantan di atas undangan ini.

Wednesday, September 16, 2009

Agihan sumbangan sekampit beras

26 Ramadhan 1430 bersamaan 16 September 2009 Pihak Team Abim Besut telah mengedarkan sumbangan seorang sekampit beras untuk golongan yang berhak menerima. Sumbangan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak dan individu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Tahun ini merupakan tahun pertama Abim Besut melancarkan kempen "seorang sekampit beras". Sambutan yang diberi oleh orang ramai amat menggalakkan. Semoga usaha ini akan terus dilaksanakan untuk ramadhan yang akan datang.

Sunday, September 13, 2009

Ahlan wasahlan & terima kasih buat Abim Pusat

Pada 12 September 2009 yang lalu Abim Besut telah dikunjungi oleh pimpinan Abim Pusat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Saudara Amidi Hj Abdul Manan dan Saudara Ahmad Saparuddin Yusuf selaku Naib Presiden. Kunjungan ini memberi penghormatan yang besar buat warga Abim dan Wadah Besut. Pelbagai isu telah dibincangkan meliputi senario dakwah di peringkat besut mahupun nasional. Pihak Abim dan Wadah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Abim Pusat di atas kunjungan ini.

Ihya Ramadhan@Kem Seri Keluang

Team ABIM-KIC Besut telah menganjurkan Kem Ihya Ramadhan pada 11-12 September yang lalu. Kem ini disertai seramai 70 orang peserta yang berumur 9-17 tahun. Pelbagai aktiviti penghayatan ramadhan telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung. Perlaksanaan kem ini bertujuan untuk melahirkan generasi hasanah yang tinggi ilmu dan akhlak. Semoga penganjuran ini dapat diteruskan lagi untuk ramadhan tahun hadapan.

Saturday, September 12, 2009

Ihya Ramadhan@Masjid Hadhari

Team Abim Besut telah menganjurkan program ihya Ramadhan pada 4 & 5 September 2009. Program ini dianjurkan sempena meraikan bulan yang penuh barakah ramadhan al-mubarak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum bicara ramadhan bertajuk "Nikmatnya lapar" dua orang ahli panel telah dijemput khas. Selain itu aktiviti seperti tadarrus al-Quran dan Qiyamullail turut dijalankan.

Tuesday, September 08, 2009

Program@Ramadhan

Ramadhan 1430h:Team Abim Daerah Besut telah melancarkan beberapa program sempena menyemarakkan bulan Ramadhan di Daerah Besut. Antara kempen yang telah dilancarkan adalah 'Kempen Seorang Sekampit Beras'. Kempen ini telah dilancarkan bermula apada awal ramadhan lagi. Program lain yang dirancang adalah ihya Ramadhan sebanyak 2 fasa pertama bertempat di Masjid Hadhari, Jertih dan fasa kedua di Kem Seri Keluang,Besut. Program Bicara Ramadhan bertajuk 'Nikmatnya Ramadhan' juga telah dirancang dilaksanakan di Masjid Hadhari. Lain-lain program ialah iftar jama'ie dan ziarah ramadhan