Monograf: Pesanan Buat Belia Islam
16 years ago
Mohamad Raimi Ab Rahim
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3 Oktober 2009 bersamaan 14 Syawal Abim Besut telah mengadakan sambutan 'Idulfitri bagi meraikan kedatangan syawal yang mulia. Dikesempatan itu juga, kami sempat mengadakan usrah bertajuk "Kepentingan memahami Tanzim Haraki dalam penbentukan generasi Hasanah" dan mesyuarat bagi megemaskinikan program-program yang akan dilaksanakan. Pihak Abim Besut juga telah melancarkan Tabung Mangsa Bencana Ribut bagi meringankan beban kepada mangsa ribut yang melanda di daerah ini baru-baru ini. Pelancaran ini adalah hasil daripada tinjauan beberapa pimpinan Abim Besut terhadap mangsa ribut tersebut. Kepada insan yang ingin membuat sumbangan derma boleh berbuat demikian melalui akaun Abim Besut 13035010000600 (Bank Islam).
6 Syawal 1430 Pimpinan Abim Besut telah menghadiri undangan ke rumah Ahli Lembaga Pengarah (KIC) Ayahnda Cikgu Mohd Nor di kediaman baru beliau di Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun ketibaan kami agak lewat tetapi kami berkesempatan beramah mesra dengan keluarga beliau dan tetamu yang hadir serta menikmati hidangan yang cukup enak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ini dan 'Eid Mubarak buat beliau serta keluarga.
3 Syawal 1430 Team Abim Besut telah diundang untuk menghadiri rumah terbuka YB ADUN Kota Putera. Pimpinan Abim Besut berkesempatan beramah mesra dengan YB dan hadirin yang hadir. Pimpinan Abim Besut juga turut memenuhi undangan rumah terbuka pengerusi Wadah Besut di kediaman beliau di Alur Lintang. Dikesempatan ini kami mengucapkan 'Eidul Mubarak.
26 Ramadhan 1430 bersamaan 16 September 2009 Pihak Team Abim Besut telah mengedarkan sumbangan seorang sekampit beras untuk golongan yang berhak menerima. Sumbangan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak dan individu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Tahun ini merupakan tahun pertama Abim Besut melancarkan kempen "seorang sekampit beras". Sambutan yang diberi oleh orang ramai amat menggalakkan. Semoga usaha ini akan terus dilaksanakan untuk ramadhan yang akan datang.
Pada 12 September 2009 yang lalu Abim Besut telah dikunjungi oleh pimpinan Abim Pusat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Saudara Amidi Hj Abdul Manan dan Saudara Ahmad Saparuddin Yusuf selaku Naib Presiden. Kunjungan ini memberi penghormatan yang besar buat warga Abim dan Wadah Besut. Pelbagai isu telah dibincangkan meliputi senario dakwah di peringkat besut mahupun nasional. Pihak Abim dan Wadah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Abim Pusat di atas kunjungan ini.
Team ABIM-KIC Besut telah menganjurkan Kem Ihya Ramadhan pada 11-12 September yang lalu. Kem ini disertai seramai 70 orang peserta yang berumur 9-17 tahun. Pelbagai aktiviti penghayatan ramadhan telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung. Perlaksanaan kem ini bertujuan untuk melahirkan generasi hasanah yang tinggi ilmu dan akhlak. Semoga penganjuran ini dapat diteruskan lagi untuk ramadhan tahun hadapan.
Team Abim Besut telah menganjurkan program ihya Ramadhan pada 4 & 5 September 2009. Program ini dianjurkan sempena meraikan bulan yang penuh barakah ramadhan al-mubarak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum bicara ramadhan bertajuk "Nikmatnya lapar" dua orang ahli panel telah dijemput khas. Selain itu aktiviti seperti tadarrus al-Quran dan Qiyamullail turut dijalankan.
Ramadhan 1430h:Team Abim Daerah Besut telah melancarkan beberapa program sempena menyemarakkan bulan Ramadhan di Daerah Besut. Antara kempen yang telah dilancarkan adalah 'Kempen Seorang Sekampit Beras'. Kempen ini telah dilancarkan bermula apada awal ramadhan lagi. Program lain yang dirancang adalah ihya Ramadhan sebanyak 2 fasa pertama bertempat di Masjid Hadhari, Jertih dan fasa kedua di Kem Seri Keluang,Besut. Program Bicara Ramadhan bertajuk 'Nikmatnya Ramadhan' juga telah dirancang dilaksanakan di Masjid Hadhari. Lain-lain program ialah iftar jama'ie dan ziarah ramadhan